Live Traffic Stats reiki: HIPNOSIS

HIPNOSIS

Hipnosis adalah keadaan seseorang itu berada pada frekuensi gelombang otak alpha iaitu antara 3 ke 12hz.  Pada keadaan ini seseorang itu berada dalam keadaan sangat relaks dan hampir tertidur. Pada keadaan 'trence' ini minda sedar seseorang itu tidak berfungsi sepenuhnya. Yang menguasai seseorang itu adalah minda bawah sedar atau subconcious mind seseorang itu. Pada masa ini, seseorang itu boleh juga dipanggil terhipnosis. 

Dalam keadaan trence,  pelbagai sugessi boleh dibuat pada seseorang itu. Sugessi ini akan diterima terus oleh minda bawah sedar seseorang itu. Seterusnya minda bawah sedar ini akan merealisasikan watak, fikiran dan kehidupan seseorang itu.

Hipnosis bukannya pukau. Pukau melibatkan ilmu hitam atau entiti lain seperti jin. Hipnosis berlaku bila gelombang otak kita berada pada tahap alpha (frekuensi 3Hz - 12 Hz). Hipnosis dilakukan dengan kebenaran mereka yang hendak dihipnosiskan. Pukau dilakukan tanpa kebenaran sasaran.

Hipnosis boleh berlaku bila kita memandu kereta, menonton filem, mendengar muzik mengasyikkan dan sebagainya. Adakalanya kita tidak sedar apa berlaku sekeliling kita bila kita terlalu asyik menumpu perhatian bila menonton filem. Keadaan itu kita dikatakan teripnosis.

Ada beberapa kaedah yang digunakan oleh ahli hipnosis untuk menghipnosis seseorang. Anataranya ialah aktiviti medetasi.

Dalam medetasi, seseorang itu diminta melakukan aktiviti menarik dan menghembus nafas secara teratur dengan menetapkan kiraan menarik, menahan dan menghembuskan nafas. Antaranya seperti 8-4-8 dan sebagainya.

Kaedah tradisional hipnosis adalah dengan menggunakan bandul. Seseorang itu akan diminta memerhatikan ayunan bandul sehingga ia terasa mengantuk. Pada masa itu frekuensi gelombang otaknya akan menurun dan mencapai tahap alpha.

Ada juga ahli hipnoterapi yang menggunakan muzik atau audio-visual untuk menghipnosiskan seseorang itu. Pada masa ini ada pelbagai muzik terapi hipnosis yang dijual dipasaran.

Sebahagian besar dari kehidupan kita ini (88%) adalah dikuasai oleh minda bawah sedar kita. Minda bawah sedar kita ini terletak di otak kanan kita. Manakala otak kiri menguasai minda sedar kita. Otak kiri kita ini menguasai segala yang berkaitan seperti menganalisis, membuat keputusan, membuat kiraan dan sebagainya.

Kita jarang sekali menggunakan otak kanan kita. Sedangkan 88% kehidupan kita dikuasai  oleh minda bawah sedar kita yang terletak di otak kanan kita. Oleh itu hipnosis digunakan untuk memastikan minda bawah sedar kita menerima suggessi yang baik dan positif  dan seterusnya meralisasikan perkara positif dalam kehidupan kita.

Kursus Minda Bawah Sedar ini mengambil masa 2 jam. Ia tidak boleh dilakukan secara jarak jauh. Ia merupakan ilmu bagaimana hendak menggunakan minda bawah sedar (subconscious mind) kita. Peserta kursus akan akan diajar fasa-fasa gelombang otak seperti gelombang alpha, beta, teata, delta. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk menghipnosis diri sendiri.

Peserta juga akan diajar bagaimana untuk menafaatkan pengetahuan terapi hipnosis untuk membentu diri yang berketrampilan, diri yang penuh dengan keyakinan, merawat penyakit fizikal dan metal diri, merawat orang lain, menggunakan hipnosis dalam pengajaran dan pembelajaran (guru) dan memenangi hati pelanggan (peniaga).

Master Norman

No comments: