Reiki diasaskan oleh seorang Doktor, iaitu Dr Mikao Usui yang berasal dari Jepun. Di hari hari terakhir pertapaan beliau iaitu ketika melakukan medetasi selama 21 hari di sebuah gunung, beliau memperolehi kebolehan menyerap tenaga alam. Tenaga luar biasa ini kemudiannya didapati boleh dialirkan kepada orang lain secara berhampiran atau dari jarak jauh.
Rei dalam bahasa Jepun bermakna alam. Manakala kie bermakna tenaga. Oleh itu Reiki bermaksud tenaga alam.
Sesungguhnya alam yang dicipta oleh Allah SWT ini memang penuh dengan tenaga atau energi. Sebagai energi memang boleh dialirkan. Sebagai contohnya tenaga elektrik boleh dialirkan melalui bahantara seperti kabel elekrik atau melalui air. Begitu juga energi matahari boleh dialirkan walaupun Matahari terletak beribu tahun cahaya dari bumi.
Sebab itu lah energi reiki ini boleh dialirkan secara jarak jauh walaupun beribu batu jaraknya dari penghantar dan penerima.
Tenaga reiki ini sungguh halus. Kehadirannya boleh dirasai seperti hujung jari yang bergetar halus atau denyutan seluruh lengan atau tubuh badan. Kedua-dua penghantar dan penerima akan terasa denyutan sekurang-kurangnya dihujung jari.
Pada peringkat awal penemuan Reiki oleh Dr Mikao Usui, Reiki ini dipanggil Reiki Usui sempena namanya. Kedua-dua tapak tangan digunakan dengan mengarahkannya kepada sasaran untuk membuat penghantaran. Namun begitu Reiki hanya perlu diniatkan sahaja.
Di dalam Islam, apabila kita berniat sebenarnya kita telah menghantar energi. Hanya kekuatan energi yang kita hantar itu bergantung kepada bagaimana kekuatan niat kita. Adakah niat kita benar benar kuat dan bersungguh sungguh. Jika niat kita sambil lewa maka energi yang kita hantar itu juga adalah lemah dan tidak kuat.
Begitu juga ketika kita berdoa, sebenarnya kita menghantar energi. Kekuatan doa dan energi yang kita hantar itu bergantung kepada cara, kaedah dan keyakinan kita terhadap Kekuatan dan Kehebatan Allah SWT.
Sebenarnya tenaga Reiki ini adalah Tenaga yang dianugerahkan Allah untuk kegunaan kita sebagai makluk bumi ini. Tenaga Reiki sangat halus dan hebat. Walaupun ditemui oleh seorang bukan Islam, adalah tidak salah jika kita menggunakannya.
Tidak ada Nas Al-Quran atau Hadis dari melarang kita menggunakan ilmu yang ditemui oleh orang bukan Islam kerana semua ilmu itu datangnya dari Sumber Allah SWT.
Reiki BUKAN menggunakan entiti pengantara seperti jin atau khodam. Ianya adalah tenaga semesta yang dicipta oleh Allah SWT. Kita boleh mengekses tenaga ini. Sebagai contohnya, kita boleh mengekses Tenaga Matahari. Begitu juga Tenaga Reiki, kita boleh mengeksesnya.
Namun begitu, Seorang Master Reiki yang berkelayakan perlu melakukan Proses Attunement atau Pelarasan Tenaga.
Proses Penyelarasan Tenaga atau Attunement ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Penerangan tentang Reiki ini yang akan mengambil sedikit masa.
Seorang pelajar yang telah dibuat pelarasan tenaga ini akan terus boleh menggunakan Reiki ini. Dan ianya akan kekal pada diri seseorang ini hinggalah sepanjang hayatnya. Sesiapa juga samada Islam atau bukan Islam, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa boleh mempelajari Reiki. Namun, sebagai Master Reiki, saya tidak akan mengajar Reiki kepada mereka yang berumur di bawah 15 tahun.
Reiki telah berkembang sejak ditemui oleh Dr Mikao Usui. Pada masa ini ada bermacam-macam Reiki. Ada Reiki Usui (mengekalkan Reiki Usui Dr. Mikao Usui), ada Gold Reiki, Ada Reiki Alammi, Ada Reiki Kundalini dan bermacam-macam reiki termasuk Reiki Illahi.
Pada dasarnya semua reiki itu sama. Hanya kaedah yang diutarakan oleh Master Reiki tersebut yang berbeza. Begitu juga tahap-tahap reiki yang berbeza mengikut Master Reiki yang mengajar. Ada tahap I, Tahap II, Tahap III dan Master serata Tahap Grand Master.
Dalam Kundalini Reiki aliran kami, hanya ada dua tahap iaitu Tahap Asas dan Tahap Master. Kekuatan Reiki Illahi sama seperti Reiki-reiki lain. Yang membezakan Reiki Illahi ini adalah penekanan bahawa Reiki itu adalah Tenaga Alam yang dicipta oleh Allah SWT...
Tubuh badan kita ini sebenarnya telah diselaputi atau dilindungi oleh aura. Kekuatan aura seseorang itu berbeza dari kekuatan aura seseorang yang lain.
Sebab itu bila kita bertemu dengan seseorang yang beraura tinggi...kita akan merasakan sesuatu yang lain pada seseorang itu. Aura seseorang itu berfungsi untuk membentuk penampilan seseorang itu pada pandangan orang lain.
Aura juga berfungsi sebagai lapisan pelindung seseorang itu. Lapisan ini menyelubungi seluruh tubuh badan seseorang itu dari penyakit, energi negatif, virus dan sebagainya. Jika terdapat kebocoran aura pada seseorang itu, maka mudahlah seseorang itu terkena aura negatif, penyakit dan virus yang menyebabkan seseorang itu boleh sakit.
Tenaga Reiki berupaya menutup secara kobocoran yang berlaku pada tubuh badan seseorang itu. Tenaga Reiki yang dialirkan atau dihantar kepada seseorang itu umpama air yang mengalir di atas jalan raya. Jika kita curahkan sebaldi air ke jalan raya yang tidak rata...air tersebut akan memenuhi permukaan jalan raya dan memenuhi lubang lubang yang terbentuk dipermukaan jalan tersebut.
Begitu juga Reiki yang dialirkan atau dihantar kepada seseorang itu. Ianya berupaya menutup segala kobocoran aura yang terdapat pada seseorang yang sakit.
Reiki bukan sahaja boleh digunakan untuk merawat orang lain. Reiki juga boleh digunakan untuk merawat diri sendiri.
Di Negara-negara Eropah, Reiki telah mula digunakan sebagai Rawatan Alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit fizikal dan mistik. Di negara kita Malaysia ini, Reiki juga telah mula dikenali dan telah menjadi salah satu pilihan untuk merawat pelbagai penyakit.
Di samping digunakan untuk merawat penyakit, Reiki juga boleh digunakan untuk memperbaiki hubungan antara dua insan, mencapai cita-cita dan keinginan.
Ingatlah bahawa Reiki itu adalah ilmu Allah. Ilmu Allah ini amat Hebat. Tidak ada ilmu yang paling hebat kecuali ilmu Allah SWT. Dalam Reiki Kundalini, kepatuhan dalam Peraturan dan hukum-hukum Allah SWT akan menguatkankan Kekuatan Reiki yang dihantar...

No comments:
New comments are not allowed.